Ahad, 6 Mei 2012

Maila



Perancang alternatif
Menurut kajian, lebih 80% wanita berpotensi hamil jika tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif (merancang keluarga). Kehamilan boleh dirancang jika bertujuan untuk kesejahteraan keluarga dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluarga. Sehubungan itu, terdapat pelbagai kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan, tetapi wanita perlu memikirkan juga kesankesan sampingan terutama kaedah
konvensional.Kepada mereka yang ingin mencari alternatif untuk merancang boleh menggunakan MAILA. Untuk kesan yang lebih balk, penggunaannya haruslah betul dan secara konsisten, tetapi ingin diingatkan bahawa anda tetap berisiko untuk mengandung.
Cara Pengambilan:
2 biji pagi dan 2 biji malam seminggu sebelum datang haid.
Untuk usaha mencegah kehamilan:
Makan 2 biji selepas bersenggama.
Kaedah Kontraseptif Konvensional Dan Kesan-Kesannya
1. Pil Kontraseptif
Mengandungi hormon estrogen dan progestin sahaja.
Risiko:
A.Wanita yang merokok dan berketurunan sakitjantung akan meningkatkan risiko sakit jantung.
B.Sekiranya mempunyai sejarah kanser payudara dan darah beku, akan menimbulkan rasa mual, sakit kepala, bertambah berat badan,. sakit bahagian payudara dan pendarahan.
Ada pil yang mengandungi hormon progestin sahaja. Menyebabkan berlakunya gangguan haid dan sakit bahagian payudara. Dianggar seorang daripada 200 wanita akan hamil, dengan mengamalkan cara ini.
2. Suntikan
Mencegah kehamilan secara berkala seperti tiga bulan atau enam bulan sekali dengan melakukan suntikan Depo Provera.
Risiko:
Kesan sampingan adalah serupa dengan pil yang mengandungi progestin. 3 dari 1000 wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang pada tahun pertama.
3. Span
Berfungsi sama seperti span tetapi digunakan bersama spermasida.
Risiko:
Tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri mendapat Sindrom Kejutan Toksik (TTS). Mempunyai 6 peratus peluang untuk hamil. o
4. Diafram
Mengandungi gel spermasida. Berfungsi menghalang atau merencatkan pergerakan sperma dari memasuki uterus.
Risiko:
Wanita yang alahan dengan nonoksil-9 tidak dibenarkan menggunakan kaedah ini.
5. Penghalang Serviks
" Berfungsi sama dengan diafram. Mencegah hamil bagi tempoh 48 jam.
Risiko:
Dilarang menggunakannya lebih daripada 48 jam kerana risiko TTS serta menghasilkan discaj yang berbau busuk. Peluang untuk hamil dianggarkan sembilan peratus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan