Set Bersalin(Salindah)
B1 -B6 : set semasa hamil
L7 - L12 : set selepas bersalin
Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.
Pengalaman bersalin sepatutnya menjadi satu pengalaman yang indah. Sesuai dengan itu, Salindah telah dihasilkan untuk membantu ibu-ibu yang sedang mengandung. Set lengkap ini boleh diambil mulai daripada tiga bulan mengandung sehinggalah masa berpantang (40 hari).
Setiap set lengkap Salindah (B1 hingga L12) dari Salindah.com akan datang bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah:
Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga pantang
Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
Khasiat dan panduan penggunaan Salindah
Rancangan penjagaan kesihatan
Senaman
Formula Salindah ini dikeluarkan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, seorang tokoh dan pengamal perubatan homeopati, biokimia dan herbalisma yang ternama di Malaysia.
Allahyarham Professor Dr. Azizan merupakan wakil tunggal Malaysia ke Liga Medicorum Homeopathica Internationalis dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden DSAM (Direct Selling Association of Malaysia).
Allahyarham Professor Dr. Azizan mengenang kembali sejarah penghasilan Salindah yang mula dipasarkan pada 1981: "Salindah dirumus hasil melihat isteri sendiri yang amat teruk apabila hamil dan melahirkan anak. Kemudian terfikir mungkin begitu ramai lagi wanita lain menghadapinya. Saya membuat kajian dan penyelidikan tentang masalah-masalah berkaitan kehamilan, semasa melahirkan anak dan lepas bersalin. Akhirnya lahirlah rumusan SALINDAH"